dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Menjahit sesi 3 – 11

23 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 3 – kelas ke 11. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 4:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR telah penerangan dengan lebih lanjut berkenaan tajuk minggu ini iaitu Manipulasi Pola Kebaya dan Dress A Line. Cikgu memberi tunjuk ajar cara untuk mengubah pola baju kebaya dan mengubah menjadi pola Dress A Line..Peserta menyediakan bahan iaitu kertas minyak, pembaris dan pen untuk melukis pola. Cikgu MAHIR menunjukkan cara untuk melukis pola serta memberikan sedikit tips untuk menghasilkan pola mengikut saiz standard. Peserta akan melukis pola teersebut bersama-sama dengan cikgu MAHIR sehingga berjaya menyiapkan pola baju kebaya dan Dress tersebut.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta melukis pola baju sendiri serta menghasilkan pola bagi baju jenis lain di kemudian hari. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.